Saturday, October 5, 2013

Pantang Larang Pengidap Asma

Salam, Sahabat, rakan-rakan pembaca semua.. Lama la sangat2 tak update.. almaklumlah.. Manusia ini makin busy dari hari ke hari.. Apa yang nak disebutkan di sini, lama sangat lah tak bersukan. Nak mula aktif semula sejak dua menjak badan ini mulai mereput..haha Bukannya mereput sebab apa.. Masalah asthma yang melanda diri ini.. Makin kuat lah pulak... KUAT LAH PULOUK!! Ramai sangat orang ingat, kalau pengidap asthma ni tak boleh buat itu ini.. nanti sakit semula.. Tapi bagi diri ini yanng sememangnya mempunyai ASTHMA, wa bedal je weh!..haha.. ok2..ini antara dua tiga perkara yang aku baru baca pasal asthma, ini antara benda baru jugaklah.. sebab selama ini bukannya ambil tahu pun..haha.. 1) Orang yang mengidap asthma ini tak boleh makan seafood. Banyak sangat lah yang tak boleh makan. Aku dari kecil dibesarkan asyik dengan makanan seafood ini.. maklumlah bapak saya orang utara habaq hang.haha. 2)Elakkan makan telur, makanan pedas, makanan yang tinggi kandungan lemaknya seperti burger.. ada juga terbaca tentang elakkan makan roti putih. Roti putih ini kalau ikut kefahaman roti yang jual kat kedai mamak tu la yea?Roti warna putih tu..so kalau pengidap asthma elakkan la makan roti ini, jadi anda boleh mencari roti2 yang lain janji tak warna putih la.. Ini kalau hal2 yang berkaitan dengan pemakanan la.. kalau hal2 yang berkaitan dengan udara dan cuaca sekeliling pula mcm biasa la.. Pengidap asthma ni tak boleh sejuk2 sangat, elakkan mengadap kipas..maksudnya jangan biar kipas tu statik la..biar dia berpusing supaya udara yang diterima tu taklah sejuk dan boleh buatkan kena serangan asthma.. Aircond memang kena pantang habis..aku berapa kali kot, kalau pergi tempat2 yang ber"air-cond" mesti tiba2 je datang..apa lagi..inhaler la menggelabah dicari..hahaha So kat sini..Lifestyle kena tukar la.. Perlu lebih aktif, supaya jantung lebih sihat.. Orang asthma ni takda kaitan dengan jantung dia ok..dia cuma lebih bermasalah dengan peparu dia... ada juga melalui pembacaan yang aku baca, asthma ni bukan sejenis penyakit.. tapi lebih kepada alahan kepada sesuatu benda.. So pengidap Asthma sekalian perlu mencari, apa alahan yang membuatkan anda diserang Asthma secara tiba2.. Ada lagi satu, benda ni kalau aku buat memang akan tiba2 je kena serang asthma..iaitu.. Makan secara berlebihan..haha..kadang2 pulak jumpa dengan makanan yang kita suka..bedal itu ini..last2 terduduk, haa mula la datang semputnya...haha So Asthma@Semput@Lelah ini boleh la dibendung kalau kena dengan caranya.. So apa2pun doakan lah yang terbaik yea..alhamdulillah..amin..

Thursday, November 11, 2010

Bila Tamat Semuanya..

Hari ini dah masuk 12 November..hari jumaat..dah sudah pun pukul 12:24am..
Hari ini sepatutnya menjadi hari yang aku tunggu-tunggu..
betul, bila masa aku masih dalam kuliah,kelas,dan semua yang berkaitan dengan Politeknik, sepatutnya aku amat sukakan hari ini

Inilah manusia..
lumrah kehidupan..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
Bila dihayati, memang sedih, walaupun diriku ini penuh dengan senyuman,
gelak ketawa, mulut yang tidak putus-putus bercakap, tapi aku tetap seorang
manusia biasa.

Yang punya perasaan..
dan aku bersedih sekarang..

Bila lihat bilikku yang kosong, Teringat Fahmi berkata kepadaku,"Jom pi makan"..

Bila lalu di depan rumah Zul,Meor,Jang, Taufiq dan Bond, aku teringat telatah mereka.
yang buatkan aku kerap kali ingin menyinggah dirumah mereka tatkala lalu di depan rumah mereka. . . . . . . . . . .

Bila singgah di rumah Hafriz, saatku masuk dalam rumah mereka sambil memberi salam, terlihat Ijat yang sedang duduk mengadap desktopnya, terlihat Dihar sedang mengadap laptopnya, terlihat Fendi juga mengadap laptopnya, Rahman menyapaku,"kamu dari mana?". Ku menjenguk, Taib sedang kusyuk melihat TV. Sehinggalah aku datang menghulurkan tangan beserta salam, barulah kekusyukkannya terganggu dengan sapaanku itu. Dan ku menjenguk dalam bilik, terlihat Adif dan Hafriz sedang bermain PES bersama. . . . . . . . . . . . . .

Bila singgah di rumah ketua kelas, aku masuk sambil memberikan salam. Dan Syamim menjawab salamku sambil bertanya," dari mana Ken?". Dan Halim bertanya," Shisha ke Ken?". Dan Daus berkata," Lepak ke Ken?"..Disaat ku masuk bilik mereka, terlihat Dini sedang tidur, begitu juga Najib dikatil sebelahnya.Kudik pula bertanya kepadaku, "Pergi mana Keng?". . . . . . . . .

Bila pulang dari kelas, singgah di bilik berhadapan dengan bilikku. terlihat pakyed, tengah online, En Akran sedang melayan movie dan Faiz sedang pegang nsetnya sambil menaip masej. . . . . . . . . . . .


Aku akan rindukan saat-saat ini,
Akan ku simpan semua ini,
Dalam hatiku, kenangan bersama rakan-rakan di Politeknik Kota Bharu (ramai lagi yang tak sempat nak mention dalam ni)
Dengan pesanan ringkas dan padat.
Hanya ini dapatku katakan.

AKU SAYANG KORANG SEMUA..
LOVE YOU ALL!!~!
AKU AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA..

Thursday, October 7, 2010

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

cantek..semalam..
letih punyalah letih..
semuanya bermula dari pada pukul 8 pagi..
sebenarnya semalam ada Majlis Jamuan Hari Raya kat Politeknik ni haa...
Ak pula ditugaskan menjaga air untuk 4ribu org yang akan berkunjung di sana..
bayangkan berapa ramai yang ada kat sana..??
mmg teramat ramai la jawabnya...

Start pukul 8 pagi patut berkumpul..
tapi disebabkan ada masalah yang takdapat dielakkan..masalah nye ialah HUJAN lobat...
pukul 9 baru berkumpul semua sekali..
bermulalah epik drama yang hebat pada abad ini..
sebenarnya tugas yang telah di "inform"kan kepada kami jaga air..
tp sesampainya di sana..lain pula jadinya..
Rupanya 20ribu cucuk satey pun kena dijaga juga..
ape cer..??xpela..
nak buat mcm mana..??
ikut je la..sebaik diri ini bukan jenis melawan..
jenis passive je..
jadi ikut aje la..
bayangkan..kami semua 7org AJK..
kena handle air utk 4ribu org, kena jaga satey 20ribu cucuk..
mmg letih la dibuatnya..
lagi yang tak blh blah..
lepas habis majlis kena basuh apa yang patut plak..lagi la gilo den..
dengan bekas2 satey nak kena basuh..
satey lebihan kena packing..ingat adalah dalam 500cucuk lagi..
ke lebih..mcm tu la lebih kurang..
tapi berdentum la juga..
mcm robot dah ak rasa buat kerja..
kerja bengkel jadi mechanic pun tak letih mcm ni..
cantik, bangun pagi sakit bahu2 ni..
ntah kenapa ntah..
bukannya nak mengutuk mana2 pihak...
Minta maaf la byk2...
apa2 pun terima kasihla kerana memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi AJK...
mmg best sggtt.....
letih blh recover..yang penting pengalaman tu..
mana nak dapat..??bukan selalu..kadang2 je..2 pun kalau sempat..
inilah kesempatan yang sempat diri ini dapat..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, August 15, 2010

Pagi itu

pagi dah bangun..
segera ak capai towel kat hujung katil yang tersidai rapi..
lalu ak galas baldi kecilku yang sarat dengan sabun,ubat gigi,berus gigi dan mcm2 lagi..
ak pun jalan terkedek-kedek menuju ke toilet, mandi membersihkan diri..
sesudah itu ak pun solat subuh..
selesai sudah solat, ak pun kembali mengambil baju lengan panjang utk di'iron'..
sebab kelas hari ni kena pakai baju lengan panjang..siap dengan tie..berkasut kulit, berseluar slack lagi..,
ak pun siap sedia sambil menggalas beg yang agak kecil..bergerak perlahan-lahan, menuju ke politeknik yang terletak berhadapan dengan rumah sewaku..smbil melihat jam ditangan kiri, pukul 7:50 suda..10 minit lagi.kelas dihujung sana..ak dan fahmi (roomate dan juga classmateku) meneruskan perjalanan yang hanya 400m dari pintu hadapan..
br beberapa tapak perjalanan kami..terlihat beberapa org classmate yang jalan menuju ke kami..
kenapa pula tu..kelas di sana..

dan sebenarnya...
kelas batal.................

Thursday, August 12, 2010

Ketika pulang dari sahur

balik dari sahur kat luar...
perlahan-lahan ak start engine moto menggunakan electric starter..
dengan penuh cermat ak memandu menyusuri jalan dimana ditepi-tepi terdapat kedai-kedai yang buka yang sarat dengan manusia yang ingin bersahur...
tanpa mempedulikan semua itu, diriku ini meneruskan perjalanan untuk kerumah..
sampai ke satu selekoh dimana ak melambaikan tangan ke rakanku sambil mengucapkan,"Zul, esok la"..

Ak pun terus memecut motosikal Yamaha LC ku..
agak laju juga la..meter hampir mencecah 80km/j,,
disebabkan motor agak laju pemanduannya, ak pun menutup visor helmet..
Visor yang ditutup menyebabkan pandanganku terbatas dari beratus meter ke hadapan ke berpuluh meter sahaja kerana keadaan jalan yang agak gelap...

Hanya selang beberapa saat ak menutup visor,terdapat kelibat lembaga yang bewarna oren sedang duduk di tengah jalan tersebut..apa itu..??
dapatku kenal pasti, itu adalah kucing yang bewarna oren..
dengan kelajuan motosikal yang agak laju dan tidak mungkin rasanya ak dapat membrek secara tiba-tiba...ak pun teruskan saja pemanduan..
Kucing itu mengelak..
Zaaaassssss............................................
selamat hujung ekornya tidak ku lenyek dengan tayar yang bersaiz 80/90..
Alhamdulillah..syukur..
jika tidak..ak jadi pembunuh di bulan yang mulia ini..
Amin...........

Wednesday, August 11, 2010

Bazar melepaskan kemarahan

Fuh..alhamdulillah..dah masuk hari yang ke-2..kejap je kan..ni nak cite skit pasal smlm..
baru puasa yg pertama smlm..
semua umat islam..sedunia menyambut puasa dengan tanda syukur sempena kedatangan bulan yang mulia ini..
Puasa kat Kelantan ni..buat masa ni ok lagi..semuanya masih sama terasa..budak2 rumah dah start pasang lagu raya,ku plak sibuk petik gitar lagu raya..tak habis2 "bergema suara takbir di angkasa"..haha..apa2pun semangat nak raya mesti ada kan..jangan berlebihan sudahla..
ni pasal smlm..masa kat bazar ramadan..
sedang bersesak-sesak kat bazar smlm..
ada ternampak 2 org brader ni..
skali tgk umurnya dalam 25-30thn la..
yg sorang berpakaian agak segak, lagi sorang bercompang camping je..
sedang yang lain sibuk beli juadah untuk berbuka, brader ni plak semangat sedang bergelut..
mereka berdua ni sedang bertumbuk di tengah-tengah bazar tu..
ap lagi..ku laju2 mendekatkan diri kearah tempat pengumpulan..
supaya dapat dilihat dengan jelas apa yang sedang berlaku..
bersungguh-sungguh mereka bergelut..yang orang keliling plak tekun melihat..
selang beberapa saat mereka bergelut..muncul tangan-tangan yang menarik mereka berjauhan sambil menjerit.."sudah, sudah.." seorang ahli yang sedang bergelut juga yang berpakaian compang camping tadi terus berlalu dari situ manakala seorang lagi masih berusaha untuk menunjukkan kemarahannya sambil badannya ditahan oleh orang-orang sekeliling..

Apa yang nak disimpulkan kat sini..
apa nak jadi daa..bulan puasa bulan yang mulia..
blm apa2 dah mula bergaduh..
ke diaorg bergaduh sebab nak minta maaf bila raya nanti..??boleh jadi..hahahha