balik dari sahur kat luar...
perlahan-lahan ak start engine moto menggunakan electric starter..
dengan penuh cermat ak memandu menyusuri jalan dimana ditepi-tepi terdapat kedai-kedai yang buka yang sarat dengan manusia yang ingin bersahur...
tanpa mempedulikan semua itu, diriku ini meneruskan perjalanan untuk kerumah..
sampai ke satu selekoh dimana ak melambaikan tangan ke rakanku sambil mengucapkan,"Zul, esok la"..
Ak pun terus memecut motosikal Yamaha LC ku..
agak laju juga la..meter hampir mencecah 80km/j,,
disebabkan motor agak laju pemanduannya, ak pun menutup visor helmet..
Visor yang ditutup menyebabkan pandanganku terbatas dari beratus meter ke hadapan ke berpuluh meter sahaja kerana keadaan jalan yang agak gelap...
Hanya selang beberapa saat ak menutup visor,terdapat kelibat lembaga yang bewarna oren sedang duduk di tengah jalan tersebut..apa itu..??
dapatku kenal pasti, itu adalah kucing yang bewarna oren..
dengan kelajuan motosikal yang agak laju dan tidak mungkin rasanya ak dapat membrek secara tiba-tiba...ak pun teruskan saja pemanduan..
Kucing itu mengelak..
Zaaaassssss............................................
selamat hujung ekornya tidak ku lenyek dengan tayar yang bersaiz 80/90..
Alhamdulillah..syukur..
jika tidak..ak jadi pembunuh di bulan yang mulia ini..
Amin...........
selamat ak..kalau tidak..goodnight dan selamat berpuasa kucing..riwayatmu tamat disana..
ReplyDelete