Fuh..alhamdulillah..dah masuk hari yang ke-2..kejap je kan..ni nak cite skit pasal smlm..
baru puasa yg pertama smlm..
semua umat islam..sedunia menyambut puasa dengan tanda syukur sempena kedatangan bulan yang mulia ini..
Puasa kat Kelantan ni..buat masa ni ok lagi..semuanya masih sama terasa..budak2 rumah dah start pasang lagu raya,ku plak sibuk petik gitar lagu raya..tak habis2 "bergema suara takbir di angkasa"..haha..apa2pun semangat nak raya mesti ada kan..jangan berlebihan sudahla..
ni pasal smlm..masa kat bazar ramadan..
sedang bersesak-sesak kat bazar smlm..
ada ternampak 2 org brader ni..
skali tgk umurnya dalam 25-30thn la..
yg sorang berpakaian agak segak, lagi sorang bercompang camping je..
sedang yang lain sibuk beli juadah untuk berbuka, brader ni plak semangat sedang bergelut..
mereka berdua ni sedang bertumbuk di tengah-tengah bazar tu..
ap lagi..ku laju2 mendekatkan diri kearah tempat pengumpulan..
supaya dapat dilihat dengan jelas apa yang sedang berlaku..
bersungguh-sungguh mereka bergelut..yang orang keliling plak tekun melihat..
selang beberapa saat mereka bergelut..muncul tangan-tangan yang menarik mereka berjauhan sambil menjerit.."sudah, sudah.." seorang ahli yang sedang bergelut juga yang berpakaian compang camping tadi terus berlalu dari situ manakala seorang lagi masih berusaha untuk menunjukkan kemarahannya sambil badannya ditahan oleh orang-orang sekeliling..
Apa yang nak disimpulkan kat sini..
apa nak jadi daa..bulan puasa bulan yang mulia..
blm apa2 dah mula bergaduh..
ke diaorg bergaduh sebab nak minta maaf bila raya nanti..??boleh jadi..hahahha
No comments:
Post a Comment